Thursday, 7 July 2011

DARJAT,PANGKAT,KEDUDUKAN

  1. Bila mula sekolah,sakit perut pun datang la ye syg... Teringat pula saya pada dialog iklan meggi ni.. Begitulah kita kecil2 dulu agaknya ye saudara... Dari sekolah rendah,menengah,smu,universitas. Dan punya karier sendiri. Hari ini teman bukan nak cerita tentang sekolah atau karier. Akan tetapi kisah tentang darjat,pangkat dan kedudukan. Tiga sebutan yang berbeza tapi basicnya satu benda yang sama iaitu kejayaan dunia. Setiap manusia,jin,haiwan didunia memang punya cita untuk berada di darjat,pangkat,kedudukan yang tertinggi dan diidam ini.. Di alam manusia,alam jin,juga haiwan,memang punya rantaian tentang darjat,pangkat juga kedudukan ini. Tapi bukan mudah,dan bukan semua orang bisa dapat bro. Sesuai dengan fitrah Allah Swt yang maha adil. Kita masing2 akan mendapat bahagian kita sendiri. Penting ke eh darjat,pangkat,kedudukan ni?? Kenapa dia dapat aku tak?? I tak kira i mesti jatuhkan dia untuk dapatkan pangkat tu!! Ada yang baik dan buruk juga rupanya. Bekenaan darjat,pangkat dan kedudukan ni la kan. Anda tanya la siapa pun. Sah2 semua orang tergila gila nak mendapatkannya. Tak kira apa jua cara. Seperti kata pepatah "gengam bara api,biar sampai jadi abu".. Tapi tu pun kalau kebal la.. Hihihi. Dalam ramai yang mengejar dunia ni. Ada jugak insan2 yang tak hiraukan dan nak langsung pangkat,darjat,kedudukan ni. Mereka golongan2 yang beriman pada Allah Swt dan golongan yang bersyukur dengan takdir Allah dan kurnianya. Mereka ini lebih kejarkan darjat,pangkat,kedudukan di akhirat dan syurga.. Dunia ini bagi mereka hanya satu persinggahan.(RNR) Ramal n Renung. Saya akan mulakan dengan kebaikannya 3 benda yang kita bincang ni dulu. Firstly,bila seseorang inginkan darjat,pangkat,kedudukan ni. Dia akan jadi lebih luar biasa,dari segi semangat,usaha dan azam. Pabila dikecap. Punyalah dia rasa. "Akulah pria terhebat" Ramai yang sanjung pada kita. Dipandang mulia. Dan disegani masyarakat.. Sampai ada yang salam mencium tangannya tanda hormat. Wah,hebat.... Aku pun nak.. Jodoh yang dia dapat juga dikalangan orang baik2.. (anak orang kaya la). Akan tetapi adakah ini jaminan anda masuk syurga?? Teserah pada perjalanan hidup dan amal anda la. Bercerita pulak tentang buruknya pekara ni. Seseorang yang mengejar duniawi ini,secara otomaticalnya akan tidak memperduli apa yang ada disekelilingnya. Keluarga diabai,anak isteri lagi la. Keluar pagi balik malam. Sanggup bersaing dengan rakan sejawat dengan cara kotor,menjatuhkan juga menaya kawan. Paling kejam menyihir kawan kerna pangkat.(yang paling saya anti). Perkahwinan pun dah agak rumit,sebab berkait dengan isu ni.. Bila nak kahwin je,tanya mak dia. " boyfren kau tu kojo apo nak ajak kau kawin?? Apo pangkat eh?? Takat kerani jangan borangan nak anak den" Cinta kan tak kenal siapa. Nabi Muhammad juga dari kedudukan yang rendah,akan tetapi menjadi pujaan dan dambaan,kerna keimanannya,bukan darjat,pangkat dan kedudukannya. Kadang ada kes laki berpangkat rendah juga bercinta dengan gadis yang punya kedudukan dan dari keluarga berpangkat. Kerna takutnya dady gadis itu anaknya merana kahwin dengan mechanic kereta. Dia berjumpa lelaki itu. Menghina,mencaci,dan berkata "nah amik duit ni,kau pergi jauh2. Jangan kacau anak aku lagi. Sedar sikit darjat kita jauh berbeza,kau pipit kami enggang"!!! Aku ni keturunan baik2" <asal kaya="" je="" baik="" lah="" konon=""> Ambik kau,cinta juga bisa terbeli dek darjat,pangkat dan kedudukan ini... Siapa nak jawab ni??? Bercerita kisah zaman ayah2 kita dulu,dikampung kampung,mereka sepakat dan tiada perbezaan darjat. Kerna semua sesama islam dan berbangsa melayu. Tapi kini,nak bergaul pun dah kena tengok darjat,jiran yang miskin buat tak port je. Kadang nampak yang darjat rendah. Dia ludah depan kita. Angkuh betul!!! Darjat,pangkat,kedudukan sesuatu perkara yang sangat2 dikejar kita semua,hebat juga kesannya ya. Dah macam lumrah dah,manusia lebih pentingkan dunia,dari amal ibadah,kesopanan,hormat menghormati antara islam,dan dari kejayaan dunia akhirat.. Tak lupa pada anak2 yang punya darjat tinggi ni,dah tak kenal mak bapak sendiri dah. kadang tu yang lebih teruk tak mengaku tu mak bapak dia. Malu sebab mak bapak dia susah dan duduk di kampung. ha,eloklah,ikutlah jejak Si Tanggang dan Malin kundang tu!! Hebat2,perkara yang hebat dah tentulah hebat kelebihan dan kelemahannya.. Kadang terfikir,jikalah semua orang tinggi pangkat,darjat,kedudukan,dah tentulah ramai bosan dan beralih arah jadi yang rendah. Jikalah semua Allah jadikan rendah,berebut pula nak darjat tinggi.. Itulah kuasa Allah,menjadikan makhluknya pelbagai jenis,bentuk,rupa,pangkat,darjat,dan juga kedudukkan,rupanya segalanya bersebab... Bukannya ingin membezakan,akan tetapi adalah rahsianya.. Masyallah hebatnya kuasa mu Ya Allah... Tak tercapai akal kuasa mu... Jangan meninggi diri,sedarlah segala itu hanya pinjaman Allah Swt. Awak dulu pun dari rendah baru tahap tinggi,jangan jadi melayu yang mudah lupa. Sedarlah Allah melihat akan segalanya. Allah nak beri memang sukar kita nak dapat,tapi Allah nak tarik sekelip mata je.. Dah banyak depan mata. Sedar2 lah ye sedara. Biarlah kejayaan kita kecapi dunia juga akhirat. Ingatlah LU LANGSI LU MATI,DIBAKAR API NERAKA NANTI. Segala yang ada pada kamu,hanya pinjaman dan kehendak Allah SWT.. BERINGATLAH...  Sekian karya saya kali ini. Moga dapat dijadikan panduan dalam hidup. Asalamualaikum.. SEBARKAN KERNA ALLAH BUKAN KERNA KEUNTUNGAN DUNIA. Create by Irwanshah. 7.7.2011. 19.00pm.                                                                                                                                                                                                                            Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya) QS AL-BAQARAH 255(ayatul kursi)

No comments:

Post a Comment